Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa )
yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”

Fungsi :-

Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.

Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.

Pengurusan Hubungan Luar

Sabtu, Januari 31, 2009

Mesyuarat Pemurnian Modul Program Sahabat PPDa-Petronas


Pada tanggal 19-22 Januari bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Mesyuarat Modul Program Sahabat PPDa-Petronas. Seramai 70 delegasi negeri telah menghadiri mesyuarat ini.