Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa )
yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”

Fungsi :-

Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.

Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.

Pengurusan Hubungan Luar

Khamis, Disember 23, 2010

Sabtu, Januari 31, 2009

Mesyuarat Pemurnian Modul Program Sahabat PPDa-Petronas


Pada tanggal 19-22 Januari bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Mesyuarat Modul Program Sahabat PPDa-Petronas. Seramai 70 delegasi negeri telah menghadiri mesyuarat ini.

Selasa, November 11, 2008

Minit Curai Mesyuarat Jurulatih Eksekutif PPDa Peringkat Kebangsaan 2008

1. Memberi penerangan mengenai program baru yang dinamakan Sahabat PPDa-Petronas.

2. Setiap negeri akan ada wakil daripada Petronas yang bertindak sebagai key personel untuk program tersebut.

3. Key personel daripada Johor ialah :- En. Abdul Rahman dan En. Jamaluddin.

4. Program ini akan memberi fokus kepada latihan fasilitator kepada beberapa peringkat :

i. Seramai 55 orang guru di peringkat negeri akan dilatih sebagai jurulatih utama.

ii. Di peringkat PPD, seramai 30 murid Sekolah Rendah dan 70 orang murid Sekolah Menengah akan dilatih sebagai fasilitator.

iii. Di peringkat Sekolah, pelaksanaan secara orientasi akan melibatkan 300 orang murid di peringkat negeri.

iv. Tempoh Pelaksanaan :- Feb hingga Mei 2009

· Feb - Kursus Pemantapan Jurulatih Utama

· Mac - Kursus Fasilitator Sekolah Rendah/Menengah

· April - Pengurusan Aktiviti Orientasi Sekolah Rendah

· Mei - Pengurusan Aktiviti Orientasi Sekolah Menengah